Monday, July 22, 2013

Potensi . . . . .

POTENSI DIRI .....

Setiap manusia memiliki potensi diri yang berbeza-beza. Namun masih banyak yang belum menyedari potensi yang dimilikinya, padahal potensi tersebut sangat penting dan dapat menunjang masa depan.
 

Saturday, October 16, 2010

PTK

Petang ni jam 4.00pm di SMK Seri Pagi kenalah duduk PTK. Napelah tak mansuh awal-awal jadi tak yah pening-pening kepala. Ni peluang akhir, kalau Kertas Kaunseling dapat 4 ..... dapatlah merasa...... Insyaallah ... Yakin & Percaya.

Friday, October 15, 2010

Lambaian 2010, Tirai 2011

Rupanya 2010 hampir nak berlabuh.....
2011 menjelang tiba.....
2010 dgn laporan.....
2011 dgn perancangan....

Thursday, June 10, 2010

PTK

Wow... leganya. PTK dah berlalu. Baca buku tapi soalan yang keluar lain dari yang lain. Soalannya simple, mudah difahami tapi pilihan jawapan yang disediakan .... tu yang sangat susah untuk nak pilih mana satu...

Apa pun .... mesejnya. Kena baca buku selalu tuk pengetahuan am.... kalau tak ... banyak hal tak tau.

Wednesday, June 9, 2010

TITISAN WAKTU YANG BERLALU PERGI VS PRODUKTIVITI DIRI

Hari demi hari terus berlalu pergi......

Hari ini ....... aku terkedu dalam menilai produktiviti diri.

Adakah diri ini tersadai seketika pada hentian perangkap waktu yang membelengu diri ..... malas dan kurang produktif dalam cetusan minda.

Belengu ini perlu dirungkai....... 2010 ... Jun.... Julai.....

Hasilkan sesuatu.....

Wednesday, January 20, 2010

HINDARI BERITA BOHONG DAN FITNAH

Dalam renungan diri dan muhasabah diri saya berterimakasih kepada catatan ini :
Sumber : http://ummatanwasatan.net/.

GEJALA fitnah-memfitnah di kalangan umat Islam begitu meluas berlaku dan perkara ini sudah diketahui umum, namun tidak pernah menampakkan tanda-tanda ia akan berakhir.
Fitnah juga bererti perpecahan yang timbul di antara sesama sendiri. Ketenangan fikiran sudah tidak wujud lagi. Di antara satu sama lain berlaku tuduh-menuduh, salah menyalahkan sehingga merosakkan kesatuan agama atau kesatuan suatu bangsa, juga keteguhan suatu pemerintahan. Akibat yang lebih parah, kemakmuran dan kedamaian yang telah dibina selama ini akan runtuh dan hancur.

Jangan biarkan fitnah berlarutan mempengaruhi masyarakat agar menimbulkan huru-hara atau keresahan. Dalam konsep sehari-hari, kata ‘fitnah’ ini sering diertikan sebagai berita bohong atau desas-desus tentang seseorang yang tidak selari dengan kenyataan dan kebenaran.
Kerana fitnah itu ujian, ia menguji kita, apakah kita boleh tetap arif, tenang atau tidak emosional. Hakikatnya, kita harus tetap normal dan tidak melampaui batas.
Kitab tentang hadis umumnya mengkhususkan bab tertentu tentang fitnah. Hadis tentang fitnah biasanya berisi ajakan dan perintah agar kaum Muslim menjauhi fitnah, kerana hal itu akan menimbulkan kekacauan dan kesengsaraan, bahkan sering berakhir dengan pertumpahan darah.

Benarlah apa yang disebut di dalam al-Quran bahawa fitnah itu lebih kejam dan berbahaya daripada pembunuhan. (rujuk surah Al-Baqarah, ayat 191)
Golongan yang menyebarkan fitnah ini seolah-olah tidak sedar dan mungkin tidak percaya bahawa kelak di akhirat bahawa mulut dan lidah yang berkata-kata, tangan yang menunjuk dan kaki yang berjalan, iaitu tiga anggota tubuh yang berperanan besar dalam proses menyebarkan fitnah akan diminta pertanggungjawaban masing-masing.
Rasulullah s.a.w sering mengingatkan kaum Muslim agar menghindari fitnah yang ditimbulkan oleh sumber dan percakapan yang salah. Al-Quran dan sunnah selalu mengingatkan tentang bahaya fitnah. Dalam banyak kesempatan, ketika Nabi s.a.w memulai percakapan, baginda selalu memohon perlindungan kepada Allah s.w.t daripada akibat buruknya fitnah.

“Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah al-Hujurat: ayat 6)

Di sini, perlu diingat, betapa perlunya kita memilih maklumat, apakah ia penting atau tidak.Kita juga perlu memilih pembawa atau pengirim maklumat, apakah dia dapat dipercayai atau tidak. Sesuatu berita yang diterima atau disebar harus diteliti beberapa kali akan kesahihan berita itu.
Bagaimana kita hendak mempercayai seseorang yang tidak dikenal pasti memiliki pengetahuan tentang bidang atau sesuatu perkara yang disampaikannya, apatah lagi yang tidak dikenal latar belakang identitinya. Dengan itu, maklumatnya tidak layak diterima begitu saja, kerana boleh jadi dia pembohong atau kalaupun dia bukan pembohong, keterbatasan pengetahuannya menjadikan dia menyampaikan berita yang tidak benar.


Prinsip dasar yang diletakkan oleh al-Quran bagi penerima maklumat antara lain ialah seruan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Surah al-Isra: ayat 36)

Maksud ayat di atas ialah apa yang kita dengar, lihat, terlintas di fikiran, yang kita tidak tahu kedudukan sebenar, lalu kita berprasangka mengenai hal-hal itu, maka kita akan diminta untuk mempertanggungjawabkannya.
Jika demikian, berhati-hatilah! Ayat di atas mengecam mereka yang mengambil sikap keliru, membenarkan atau menyalahkan apa yang tidak diketahui kedudukan persoalan sebenar. Jika yang demikian sudah dikecam, apalagi jika silap membenarkan sesuatu yang telah diketahui kekeliruannya, atau menyalahkan apa yang telah diketahui kebenarannya.
Selanjutnya al-Quran juga mengingatkan agar orang yang menerima maklumat hendaklah menanyakan kepada orang lain yang mengetahui dan yang dapat dipertanggungjawabkan maklumatnya sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Hendaklah kamu menanyakan kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Nahl: ayat 43)
Allah juga melarang sesuatu yang masih merupakan sangkaan atau andaian dikemukan sebagai maklumat dalam bentuk pasti sedangkan tidak mempunyai suatu pengetahuan pun tentang itu.

“Mereka hanya mengikut sangkaan, sedang kan sesungguhnya sangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.” (Surah al-Najm: ayat 53)
Sangkaan (dugaan) yang dibenarkan untuk dikemukan dalam keadaan tertentu adalah dugaan atau sangkaan yang beralasan.

Oleh kerana itu al-Quran mengingatkan perkara tersebut, yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka adalah dosa.” (Surah al-Hujurat: ayat 49)
Jika prasangka pun dilarang daripada dijadikan sandaran untuk ‘mengesahkan’ maklumat, apatah lagi jika maklumat tersebut ternyata suatu kebohongan dan berunsur fitnah.

Saturday, January 9, 2010

CABARAN 2010

Tahun 2010 menjelang dan pastinya cabarannya pun menjelma. Mendapat tugasan baru dan cuba sedaya upaya melaksanakannya dengan sebaik mungkin.

Menoleh ke belakang memperbaiki kesilapan dan kelemahan lalu. Pandang ke depan capai misi yang telah ditetapkan. Andai ada yang ingin mundur ke belakang, berhenti sejenak, fikirkan adakah tindakan itu bijak dan berbaloi. Kalau mundur semata kerana runtunan emosi yang tidak selesai, pasti ia bukan penyelesaian yang terbaik.

Perjalanan yang dirancang dan atas keredaan NYA saya pasti inilah yang terbaik.