Friday, December 25, 2009

Pencapaian Diri - Kepuasan Diri

Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR 2009. Bila melihat kegembiraan kerana berjaya dan kesedihan kerana kurang berjaya, pasti ini ada kaitan dengan pencapaian diri dan kepuasan diri.

Kalau konsisten dalam usaha mengapai pencapaian yang baik maka ianya merupakan satu kepuasan diri yang hakaki bagi seorang individu. Setiap individu pastinya mencari sesuatu yang akan memberikan kepuasan yang maksimum.

Kalau ingin yang terbaik pastikan usahanya juga yang terbaik.

Monday, December 14, 2009

Mencari Ketenangan Bersama Keluarga


Cuti sekolah ni, dapatlah bawa keluarga pergi tenang-tenangkan minda dan rehatkan badan. Seronok dan bahagia sekali.

Tuesday, November 17, 2009

KISAH ..... TAK KISAH....AMBIL TAHU..... BUAT TAK TAU ....

Mencanai idea nak stay kat mana ?
KISAH.......TAK KISAH.....AMBIL TAHU.......BUAT TAK TAHU
Apa pun... rujuk prinsip diri... pas tu ... bertindak ikut selera masing-masing.
Namun pastikan ianya tidak menjejaskan prestasi diri. Caaaaa yoook.

Monday, November 16, 2009

Annual Dinner SMKPU3 2009

Malam yang di tunggu telah tiba...... Makan jangan tak makan. Lawan jangan tak lawan. Menang mesti menang. Memang juara pun... Juara segalanya.

Juara ? Bila dah jadi juara, adalah suara-suara tak puas hati. Biasalah tu.... sebab mereka tak dapat jadi juara. Tak pe kawan-kawan tahun depan ada masa lagi.


JUARA SEGALANYA .... perlukan kekuatan MENTAL, FIZIKAL, SPIRITUAL & EMOSI.




Saturday, October 31, 2009

Faktor Penentu Kejayaan

Faktor-faktor yang menentukan kejayaan individu dan EQ :

Individu yang mempunyai EQ yang tinggi akan berusaha untuk mencapai matlamatnya melalui visi, ketekunan dan semangat yang tinggi. Kemahiran emosi yang tersenarai di bawah menyumbang ke arah kejayaan di tempat kerja:
  1. Kesedaran diri
  2. Kebingkasan (Ketahanan) Emosi
  3. Tegas membuat keputusan
  4. Sensitif kepada perasaan orang lain
  5. Kebolehan untuk Mempengaruhi dan Mempunyai sifat keyakinan
  6. Cermat dan Mempunyai Keikhlasan
  7. Motivasi

Thursday, October 29, 2009

Kekuatan Diri

Kekuatan merupakan suatu kemampuan yang dimiliki oleh seseorang, untuk mengubah suatu gagasan atau kata-kata yang diungkapkan, tidak hanya sekedar kata-kata saja. Artinya bahwa gagasan maupun kata-kata yang diungkapkan, harus diimplementasikan atau diaplikasi dalam suatu tindakan atau tingkah laku.
Setiap orang, sesungguhnya memiliki kekuatan yang mampu menguasai dirinya sendiri maupun orang lain. Setiap individu, merupakan pribadi yang “berkuasa,” terutama berkuasa atas dirinya sendiri, sehingga setiap orang memiliki kemampuan untuk melonjakkan dirinya sendiri.
Yang dimaksudkan dengan ‘memiliki kuasa atas diri sendiri’ yaitu bahwa setiap orang memiliki kekuasaan untuk dapat melakukan segala sesuatu, yang ada pada dirinya. Akan tetapi, seringkali seseorang mengabaikan bahkan menyingkirkan kuasa yang dimilikinya tersebut.
Kuasa yang dimilikinya, disimpannya jauh di luar dirinya, bahkan seringkali diberikan kepada orang lain, pada lingkungan atau situasi tertentu.

Sesungguhnya, setiap manusia memiliki potensi diri dalam bentuk kekuatan atau kuasa akan diri sendiri.

Sunday, October 25, 2009

Ilmu Yang Dikongsi

Hari ini, seorang rakan kaunselor dari Melaka menghubungi saya dan menyatakan hajat mereka (MGK Daerah Melaka Tengah) untuk membuat Lawatan Penanda Arasan ke Unit Bimbingan & Kaunseling pada 06 November 2009. kalau diikutkan hati, hujung tahun ni ...... tambah-tambah Program Selepas PMR banyak benda menjadi cabaran, tapi memandangkan ilmu yang dikongsi pasti membawa manafaat yang besar.
Menyedari diri bukan yang terbaik tetapi berusaha menjadi yang terbaik.
Apa pun jua, rakan-rakan ku semoga perkongsian ilmu ini dapat membantu MEMPERKASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING.
SELAMAT DATANG KE UNIT B&K SMK PU3.


My Family


Pasti bahagia melihat telatah anak-anak tersayang.


Senyum dan tawa mereka menghiasi dan mewarnai kehidupan ini.

Doa dan harapan mereka berjaya dalam hidup. DUNIA & AKHIRAT.

Monday, October 5, 2009

MINDA POSITIF


Satu cabaran untuk diri setiap hari adalah menangkis setiap perkara negatif yang mendatang. Adakala ia datang dalam rencana minda sendiri, adakalanya atas kata-kata orang luar atau perlakuan manusia di persekitaran. Pasti bukan mudah menangkis tapi tidak mustahil.


Jawapannya : MINDA POSITIF - Berusaha merasionalkan diri sendiri.


Manusia memang cenderung untuk berfikiran rasional atau tidak rasional.

Makanya kita belajar untuk merasionalkan diri sendiri. Keharmonian minda akan menstabilkan emosi.


Monday, September 21, 2009

Kasih & Hormat Pada Yang Tua

Merayakan syawal di kampung suami...... unik dan penuh makna. Kita sedaya upaya mengunjungi keluarga terdekat, saling bermaafan, bertanya khabar dan mengenali lebih mendalam. Pada saya amalan orang jawa ini sangat memberikan impak yang besar dalam jiwa. Silaturrahim terjalin utuh dan berterusan sampai bila-bila.

Anak-anak ku sayang, ingat pesanan orang tua. Tetap KASIH dan HORMAT pada yang tua tanpa mereka siapalah kita.

Ziarah Pengerat Silaturahim

Syawal kali ini adalah syawal yang berbeza sedikit tapi penuh makna.....

Selama mendirikan rumahtangga, setiap kali syawal menjelma kita sekeluarga akan menyambutnya bersama. Namun tahun ini berbeza sedikit, suami tersayang bertugas dan hanya pada raya keempat baru dapat balik kampung. Atas persetujuan demi anak-anak, kita balik dulu ke kampung suami di Kampung Parit Besar Rengit, suami di Seremban. Sedih dan sayu di pagi raya tidak dapat bersalaman namun ianya penuh makna.

Di mana pun kita, ingatan penuh kasih sayang adalah pengikat yang luhur dan mulia. Ya Allah perteguhkanlah ikatan ini, dan mendapat keredahaan dan rahmat dari Mu. Amin.

Friday, September 18, 2009

Penghujung Ramadhan..... Syawal Menjelma

Tahun ini, terasa sangat ramadhan berlalu terlalu cepat. Rasanya baru je, tapi rupanya dah dipenghujung. Sayang sekali banyak kebaikan dan amalan di bulan ini yang tak sempurna dilaksanakan. Ya Allah ..... amal ku sedikit sangat, berbanding selautan pahala yang terbentang. Ya Allah ampuni lah daku atas kelalaian diri ini.

Syawal menjelma, pada kesempatan ini, syukur alhamdulillah Allah memberikan lagi aku peluang mengerat silaturahim dan memberi peluang melafaz salam kemaafaan kepada keluarga dan rakan-rakan. Seluhur dan semurni hati salam kemafaan zahir dan Batin kepada semua.

Thursday, September 3, 2009

Bengkel LDP

Berkursus di Bulan Ramadhan ........... Keluarga : suami dan anak-anak banyak kena ambil kira. Namun akur jua pada arahan. Alhamdulilah suami ku sayang sangat memahami, walau berat dan susah untuk mengurus namun dia sangat bertanggungjawab. Terimakasih.......

Penambahan ilmu .....sesuatu yang dituntut. Apa pun ilmu dan pengalaman ini lagi menambahkan dan meningkatkan kreadibiliti diri dalam melaksanakan tugas dan amanah pada masa akan datang.

Monday, August 24, 2009

Hak & Milik Kerajaan

Perasaan dan pemikiran saya agaknya berkecamuk dan tidak menentu bila mendengar untuk kesekian kalinya kecurian berlaku di sekolah. Manusia yang mempunyai sikap dan pendirian yang bagaimana agaknya yang tidak pernah berhenti untuk terus menjalankan operasi haram ini. Tolonglah ini sekolah, anak-anak nak gunakan kemudahan ini untuk belajar.........(PENCURI)Berhentilah buat kerja yang merugikan anak bangsa.

Friday, August 21, 2009

Wednesday, August 19, 2009

Keseronokan Bersama Rakan Sekerja

Pasti hati ini riang ceria dan penuh kepuasan melihat rakan-rakan gembira menerima kemahiran baru. Apa yang pasti kalau nak belajar sesuatu kena usaha dan terus mencuba sehingga berjaya. Perkongsian bersama rakan pasti lebih memberi kepuasan yang sukar digambarkan. Rakan adalah antara sumber rujukan untuk kita pelajari sesuatu kemahiran baru juga mengenai diri kita. Terimakasih rakan guru SMK Puteri.

Sunday, August 9, 2009

Doa Awal Pagi

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami. Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu.
Allah Ya Tuhan Kami,

Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.
Aminnn…

Morning Motivation

When I woke up this morning lying in bed, I was asking myself;
What are some of the secrets of success in life?
I found the answer right there, in my very room.

The FAN said be cool.
The ROOF said aim high.
The WINDOW said see the world.
The CLOCK said every minute is precious.
The MIRROR said reflect before you act.
The Calender said be up-to-date.
The Door Said push hard for your goals.


Carry a Heart that Never Hates.
Carry a Smile that Never Fades.
Carry a Touch that Never Hurts.
Carry a Love that is Everlasting.

Tuesday, August 4, 2009

MINDA POSITIF

Dalam penjanaan minda setiap detik dan saat.... Pastikan ianya sentiasa dijana dengan kuasa positif. Aura positif diri akan sentiasa memberi kekuatan dari dalam apatah lagi luarannya.



Lingkaran positif akan terhakis andai cas negatif yang cuba menghampiri tidak mampu ditangkis. Seandai diri tiada dominasi, hindari cas negatif dan sentiasa memberi ruang dan jalan agar cas positif sentiasa menaungi minda.

Sunday, July 26, 2009

Integriti Diri Sendiri

Seminar Integriti Warga Pendidik Daerah Seremban-25/07/2009 (Royal Bintang, Seremban). Saya ditugaskan menjadi pengacara dan digandingkan dengan seorang pegawai dari PPD Seremban. Bertugas sebagai pengacara perlu ketelitian dan perlu banyak belajar. Selain mengacara, telinga, mata dan hati mendengar setiap ceramah yang disampaikan. Semuanya berkisar tentang integriti.

Saya merumuskan segalanya dengan 3K (Kejujuran/Ketelusan/Keikhlasan). Seandainya 3K ini mendasari apa jua yang kita niatkan atau lakukan, pasti integriti diri tidak akan terhakis malahan ianya menjadi paksi atas apa juga pekerjaan yang dilakukan.

Monday, July 6, 2009

Mencari Kekuatan Diri

Dalam pencarian kekuatan diri...... Saya bertanya pada diri.. Bagaimana agaknya diri yang KUAT atas penilaian diri sendiri dan penilaian orang lain. Saya mampu menghurai kekuatan itu satu persatu atas sorotan mata dan penilaian peribadi.

Bagaimana pula huraian kekuatan diri ini pada penilaian orang lain. Pentingkah ? Tak perlu fikir ? Abaikan .... Macam-macam dalam fikiran.

Saya mengambil pendekatan menyelami kekuatan diri tersebut, menggunakannya sebaik mungkin dan terus konsisten memperbaikinya. Sentiasa belajar mencari nilai tambah yang terbaik dan sesuai diguna pakai dalam meneruskan perjuangan diera globalisasi penuh cabaran.

Saya pasti .... saya yakin.... saya akan sentiasa kuat dan lebih kuat. Redha dan terus berusaha. Allah Maha Mengetahui atas segala-galanya.

Saturday, May 16, 2009

Renungkan.....

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanahair.Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorangguru agama, kiyai atau siapa saja yang bisa menjawab 3 pertanyaannya.Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.
Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawabpertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan: 1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud Tuhan kepada saya 2.Apakah yang dinamakan takdir 3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuatdari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda : (sambil menahan sakit) Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak bisa.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama....kita semua merasakankewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menamparanda?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Harapan Demi Anak Didik

Setiap kali menerima ucapan "Selamat Hari Guru" hati berbunga dan senyum mekar menggunung harapan. Harapan agar diri sendiri meneruskan perjuangan dan khidmat sebagai pendidik bangsa. Harapan agar anak didik terus menghargai jasa guru dan menjadi peneraju generasi bangsa yang merdeka dan maju.


Kemampuan mendidik anak bangsa peneraju negara akan datang pasti kecundang tanpa sokongan semua pihak. Ayuh .....kita sederap dalam langkah tak henti ....teruskan juang...

Sunday, April 12, 2009

KOMITMEN

Komitmen.....apa akan berlaku pada organisasi/institusi/sekolah andai komitmen yang diharapkan tidak sepenuhnya

Monday, March 30, 2009

SWOT Diri Harian

Saya terfikir sejenak, bagaimana memastikan diri sentiasa ada perubahan yang yang lebih baik dari semalam. .... Sentiasa menilai pencapaian harian dan berdasarkan SWOT diri buat sesuatu yang lebih baik. Kalau kita mudah berpuas hati dengan pencapaian yang ada, sedangkan kita mampu buat yang lebih baik kita akan terperangkap dalam zon keselesaan. Zon Keselesaan ini selalu memerangkap kita untuk menuju mercu kejayaan yang lebih besar.

Saturday, March 28, 2009

Rakan Ilmu

Semarak riang dan seronok dalam hati ini tak dapat diterjemahkan dalam tulisan mau pun kata-kata. Rakan ilmu yang banyak memberikan bimbingan dan dorongan begitu setia dan sabar mencurah ilmunya.Terimakasih Ziehan.....
Ilmu dan kemahiran pasti tidak datang begitu sahaja tanpa dipelajari dan pasti ia juga tidak berkembang jika ianya tidak ditambah, diasah, dilatih... Sekiranya diri memberikan ruang dan peluang... pilihan ditangan kita..

Friday, March 27, 2009

ilmu nak dicari

Pasti ilmu akan mencurah seandai diri berusaha mencarinya