Sunday, July 26, 2009

Integriti Diri Sendiri

Seminar Integriti Warga Pendidik Daerah Seremban-25/07/2009 (Royal Bintang, Seremban). Saya ditugaskan menjadi pengacara dan digandingkan dengan seorang pegawai dari PPD Seremban. Bertugas sebagai pengacara perlu ketelitian dan perlu banyak belajar. Selain mengacara, telinga, mata dan hati mendengar setiap ceramah yang disampaikan. Semuanya berkisar tentang integriti.

Saya merumuskan segalanya dengan 3K (Kejujuran/Ketelusan/Keikhlasan). Seandainya 3K ini mendasari apa jua yang kita niatkan atau lakukan, pasti integriti diri tidak akan terhakis malahan ianya menjadi paksi atas apa juga pekerjaan yang dilakukan.

2 comments:

  1. Setiap kerja dilakukan diniatkan semata-mata kerana Allah. Memahami konsep itu sudah memadai sajauh mana integriti itu

    ReplyDelete
  2. Satu kejayaan bagi setiap guru jika anak didiknya boleh berjaya lebih daripada dirinya sendiri!!!

    ReplyDelete